PENGENALAN
RosPin adalah singkatan dari perkataan Rostrum Pintar. Nama ini diberikan kepada satu projek hasil inovasi kumpulan pelajar-pelajar ahli Kelab Reka Cipta SM Teknik Seri Pelindung Kuantan Pahang pada tahun 2008. Ia merupakan sebuah rostrum tempat memberi ucapan yang mempunyai sistem pemegang mikrofon yang boleh terlaras dengan sendirinya mengikut ketinggian orang yang berucap. Kefungsian dan kelebihannya yang boleh terlaras secara automatik ini menjadikan ia satu alat yang istimewa dan disifatkan sebagai pintar.
KEJAYAAN
Setakat ini Rospin telah menerima beberapa anugerah inivasi diperingkat kebangsaan. Diantaranya ialah :
1. Naib Johan Pertandingan Reka Cipta Antara Teknik peringkat kebangsaan yang diadakan di SMTSP pada bulan 29 Jun 2008.
2. Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan pada 16 oktober 2008 di KPM Putrajaya. Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Palajaran Malaysia dalam Majlis Hari Kualiti KPM di MAEP Serdang Selangor pada 4 November 2008. Hadiah berupa piala, cek berbentuk geran bernilai RM 20,000.00 serta sijil.
3. Anugerah Inovasi Negara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diadakan di PWTC pada 7 November 2008. Hadiah berupa piala, cek bernilai RM 10,000.00 beserta sijil disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
4. Telah menanda tangani Perjanjian (MoA) pengkomersilan dengan Syarikat Muslim Global Intelek pada 22 Feb 2011 di SMV Kuantan.
BUKTI KEBERKESANAN
Rospin telah dibuktikan kefungsiannya apabila telah digunakan dengan baik dan sempurna dalam beberapa majlis rasmi diantaranya ialah;
1. Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan di Dewan Belia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada 11 Julai 2008. Dalam majlis tersebut YB. Menetri Besar Pahang telah berucap menggunakan RosPin.
2. Jabatan Pelajaran Pahang juga telah mengujinya dengan menggunakannya dalam satu majlis rasmi yang diadakan di ruang legar pusat membeli belah Mega Mall pada bulan ogos 2008.
3. Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Timbalannya dan beberapa orang kenamaan lain telah juga mengujinya keberkesanannya dalam satu majlis Pelancaran Dana Inovasi Negara yang diadakan di Parlimen pada 10 November 2008 yang lalu.
4. Selain itu RosPin juga telah dijemput untuk mengadakan pameran dalam beberapa majlis seperti Asian Skill di Kuala Lumpur dan persidangan guru-guru teknikal yang diadakan di Port Dickson pada bulan november ini.